tag: 5 perkara pertama

macam-macam tag gua kene ni. ok, ok, kasi gua masa nak buat selai-selai. pertama sekali tag dari anak angkat gua yang chomel. belum ape-ape, fakta mengenai anak angkat gua yang ini.

  1. nama beliau adalah dalie. tapi, sebagai bapak yang penyayang (atau lebih dikenali sebagai daddy cool), gua panggil beliau dedalie~ haha. manja bukan?
  2. anak angkat gua kerja buat kapal perang. tapi dah resign. sekarang dia dah tak buat kapal perang. dia buat kopi kapal api pulak. haha. bodo sial iklan kopi kapal api yang latest. minum terus melayang naik ke bulan. haha.
  3. setelah sekian lama menjadi anak angkat gua, gua baru tahu yang rupanya dedalie adalah adik kepada RODEK 97. (ok hanya budak2 M-C-K-K yang paham) *sungguh mengejutkan*

ok itu saja.

seterusnya, bendalah tag: 5 PERKARA PERTAMA YANG TERJADI DALAM HIDUP ANDA.

  1. pertama kali pegi interbiu
    pertama kali interbiu adalah paling haram jadah. gua macam err.. errr.. sahaja. hampeh nak mampus. ok ceritanya begini, gua dapat interbiu LHDN. dengan hati berbunga untuk mendapatkan kerja dengan gaji permulaan yang hebat. (ya, LHDN kasi gaji besar beb) negara masih diperintah oleh encik abdullah, oleh yang demikian, gua telah menghafal segala rukun negara apejadah semua. (biasalah interbiu gomen kot-kot ditanya soalan basic mcm tu la kan?) kalau negara diperintah encik haji hadi for sure gua kene hapal rukun islam, rukun iman, rurun semayang dan rukun tetangga. hehe. kemudian sesambil menunggu turn dipanggil, gua berbual2 dengan para-para peserta yang lain(ok penggunaan perkataan para-para adalah salah ya adik-adik). cewah. mcm nak masuk interbiu malaysian idol la kononnye. ade la sekor mamat ni dengan belagaknye show off surat-surat sokongan dari YB ntah memana dan dia tanya gua, “hang ade sokongan sapa?” gua jawab ade, “sokongan pak aku”. “woo, sapa pak hang?” “pak aku adalah tok wan hang! meh salam cium tangan dengan aku. aku pakcik mu”. haha takdelah. gua mana ade sapa-sapa nak sokong. gua sepi. :”) haha. lepastu, gua dipanggey masuk bilik interbiu. ade 3 helai interviewer. depa buli gua cecukup sebab gua masa tu budak mentah takot-takot dalam interbiu. depa tanya, “sapa dato yang jaga LHDN?” gua jawab “pak guard kat luor tu, datuk anak 5 cucu ade 13.” hehe. dak aih. gua mcm err.. err.. WTH? ape lak tanye gua soklan mcm soklan pekse sejarah form 5 ni? jadi, gua pon dengan sengalnya gagal. gua cakap “saya bukan tatau tapi nerbes cik. tadi dah hafal dah semua. err.. err” (sambil buat muka mata berkaca) tapi gagal la jugak. takde markah untuk mata berkaca. mungkin kalau peserta perempuan boleh pakai tektik selak sikit kain tu. haha. hasilnya, gua gagal untuk bekerja bersama encik abdullah di lembaga hasil dalam negeri yang tak mendatangkan hasil pada gua. sadis.
  2. pertama kali tengok wayang
    pertama kali gua nengok wayang adalah kat kuale kangsor. tiket bape kupang tah rega dia dah lupe. hehe. gila ntahpape sial gua 1st time nengok wayang masa umur 16 tahun. gila ketinggalan jamban. gua nengok cite con air. perghh.. lazat cerita tu walaupun setakat nengok kat odeon buruk hampir runtuh. odeon eh? ntah. tapi gua hengat lagi iklan sebelum wayang adelah slide show Fajar, Babi Salai Ah Seng, Pau Yut Loy, Kedai Makan So’od yang pakai transparet paper. gila keji. siap nampak tangan yang pegang kertas tu dok alih-alih slide. hehe
  3. pertama kali dilahirkan (haha bodo sial mcm bole lahir 3,4 kali)
    pertama kali gua dilahirkan gua lapar dan gua carik susu dan bukannya neskepe atau ipod nano. haha bodoh lah. tapi sekarang yang anehnya haram gua tak suka minum susu. susu cekelat masih boleh diterima akal tapi still, ianya susu. *muntah muntah*
  4. pertama kali makan sushi
    pertama kali makan sushi kat sushi king. ya tuhan! rasa dia macam lahanat. dahle mahal cekik darah. satu piring rega dia mahal mcm mangkuk hayun bertingkat. mangkuk.. mangkuk.. haha. gua amat bersimpati la dengan orang jepon yang tak reti-reti nak masak ikan pastu cicah budu. haihhh. (penggemar sushi sila jangan marah gua ye. hehe) sesapa nak belanje gua makan sushi, takpelah. gua tak rela. gua lagi rela telan susu.
  5. pertama kali pukul orang
    pertama kali gua pukul orang adalah masa gua form 1. masa tu gua gila kecil mcm budak darjah 3 je. haha. tapi gua gagah(dan hebat dan berani dan comel. haha) jadi gua pukul budak darjah 6 yang besar mcm form 1. gua pukul dia sebab dia kurang hajor masa main bola dengan pasukan team kampung gua. ade ke patut dia debik belakang gua. hehe. jadi sebagai balasan yang setimpal, gua tumbuk muka dia. desyuum~ kene mata. lebam biru woo. macam dalam pilem melayu mata lebam kene tumbuk atau macam mata beruang panda yang pandai.

    hebat la gua. haha. lepastu kecoh satu padang sampai pakcik2 tua mana tah yang maen bola kat situ bising-bising tanya sapa pukul itu budak. pastu geng budak yang kene pukul tu tunjuk kat gua. “dia yang pukul!” “eh..” haha “eh” je depa respon? nampak sangat tak caya gua yang comel ini pukul orang haha. sekarang budak tu dah besar gagah. siap jadi atlit lari balapan lagi. haha. kalau dia pukul balik balas dendam memang gua masuk sepital la gamaknya. haha.

gua nak tag anak angkat gua #1: nano-nano, cikguintan, liyana, ayumi dan tuan tanah. semua pompuan. HAHA.

38 Respons bagi “tag: 5 perkara pertama”

  1. NoktahHitam Berkata:

    Litium = budak sek stesen. Tahun bile?

  2. tuan tanah Berkata:

    Chesss… kena buat tag la pulak.

    Adei la.

  3. AyUmi Berkata:

    daling!

    ciss. ciss. ciss.

    hahaha. nanti la i buat demi you.. wohooo~

  4. AyUmi Berkata:

    “pertama kali gua pukul orang adalah masa gua form 1. masa tu gua gila kecil mcm budak darjah 3 je. haha. tapi gua gagah(dan hebat dan berani dan comel. haha)”

    psst… lit memang gagah. no complaint about it. hahahaha~

  5. Intan Berkata:

    Interview ’selak kain’ tu macam pernah terjadi kat aku. Tapi tak sengaja la, sbb pakai kain belah. Terosssss dapat. Apa kata next time Litium try.

    Kena tag ke… haha

  6. lair Berkata:

    lit: ‘rdk wuz ere’ .kemudian dgn serta merta liquid paper diharamkan kat MCKK. bodoh sial!!!!

  7. maoi Berkata:

    lit : nanti bole la kau jadi model macam rodek..

  8. aj3k Berkata:

    lair + lit:bodo sial korang.wakakaka

  9. maoi Berkata:

    patut la semalam lit tanya aku.. apa nama supermarket kat kk… hahah..

  10. muna Berkata:

    aku pon kurengg skets makan sushi. tapi ari tuh masuk sushi king, aku menggunakan hikmat pemerhatian pendalam tingkat ke-7 untuk meneliti yang mana best, aku pun pilih laaa udang tempura. perghhhhhhhh, sedap tak hengat sushi udang tempura tuh. sushi udang goreng tepung pon sedap. terbayang2 sehingga kini, nyum nyum. lain kali nak makan apa2 kasik aku tolong nilaikan dulu guna hikmat rahsia aku tuh :p

  11. anas Berkata:

    mana ada odeon kat kk weh…ada rex ngan kapitol je. hehe tahniah, dah lama lu tak buat post yg bole buat gua gelak mafia.

  12. litium Berkata:

    noktah: aha gua 98

    tanah: tak buat pon takpe. saje je tag. hehe

    ayumi: ala. i tau u suka kene tag. hihi

    cikguintan: wOw selak kain ke kain terselak? haha.

    lair: haha aku tak hengat part tu. seba rodek eh? haha

    maoi: ape lak aku jadi model. kan dah ade riki aka lendu aka fadly aka kultus aka syndicate

    ajek: kau la bodo. haha

    maoi lagi: hehe. kantoi. aku lupe aaa ape nama supermarket tu. kan sekarang dah jadi the store.

    muna: ek ele.. setakat makan udang tempura aku bole. makan ikan mentah le weii. haha

    anas: kapitol la tu haha. lupe. hilang ingatan :”>

  13. aishah Berkata:

    haha. kelakar. iklan dalam wayang main transparency paper? ada tangan duk alih2 paper tu. giler classic ah! huhu :)

  14. yanazhad Berkata:

    muna: ebi tempura a.k.a tempura udang bukan sushi. so just ckp je tempura udang :)

  15. NoktahHitam Berkata:

    litum = ad**an.. ko batch abang aku dan aku jr ko. baru tau.

  16. litium Berkata:

    aishah: haha

    noktah: ye, wahai encik edwin masripan. abang kau cipan kan?? kan? kan?? hehe

  17. muna Berkata:

    nanti aku nak try salmon bakar tuh, nampak cam lazat je, nyum nyum. nanti aku kasik feedback kat blog kalo dah berjaya

  18. maoi Berkata:

    la.. si noktah hitam ni adik cipan ke??

  19. litium Berkata:

    muna: eleh semua stok dah masak. mentah wei! mentah!!

    maoi: a ah adik cipan

  20. muna Berkata:

    sashimi? yelahhhhhhh..aku test laaa salmon sashimi tuh jugak, cissssssssss, paksa2 plak. tak relaaaaaaa :P

  21. NoktahHitam Berkata:

    ssshhh.. mane bole dedahkan NH sape.

  22. lair Berkata:

    EDWIN: BAPAK KO BATCH 74 KE? TU PUN KALAU BETUL KO NI EDWIN 9600.

  23. lair Berkata:

    lit: persitiwa penharaman liquid paper. Kita sampai aje hari pertama utk masuk F5, setiap sudut kat kelas dan hostel ada ‘RDK WUZ ERE’. Hatta di atas lantai pun ada. kat tangga pun ada. Yg paling sial, ada perkataan ‘MOB JUSTICE’ kat atas atap tu.

    p/s:- gila aa..aku x ada pun gambar mob justice tuu.. sapa ada eh? email kat aku. Hahahaha..rugi siot tak amik gambar time tu.

  24. litium Berkata:

    muna: makan la ape kau nak makan. haha

    edwin: ok ok. shhh.. haha

    lair: a ah la. mob justice. bodo gila. hahaha. cerita lama. lawak je. time tu budak amik gamba pakai pilem. sapa nak bazirkan filem amik gamba contengan mcm tu haha. huduh sial avatar kau btw. haha

  25. muna Berkata:

    yanazhad,
    sushi king telah membubuh ebi tempura itu diatas nasi kepal. eh, tak kepal laaa, size beso sushi tuh jer. terima kasih atas didikan member saya yg gila everything japanese, shinchan, anime dan j-dorama, saya taulaa skettttttttt perkataan2 jepun dan nama makanan jepun :p

  26. zuriaf Berkata:

    aku pun tak suka sushi gak beb…

  27. buzzybug Berkata:

    saya hanya buleh makan certain sushi sahaja…
    dan saya 1st tertendang orang masa darjah 6… huhu…

  28. lair Berkata:

    lit: avatar tu sapa letak?? kenapa letak gambar tu utk avatar aku????

  29. :: tag 5 :: « One Hand In My Pocket - سي مانيس دوا ڤولوه توجوه ~ Berkata:

    [...] well, i’ve been tagged by Litium. so, nak tanak kena buat - sebab Litium cakap ” ala, i tau u suka kena tag. hihihi ” ( [...]

  30. NoktahHitam Berkata:

    lair, bapak aku la tu.

  31. aj3k Berkata:

    pertanyaan:setiap rabu mmg hari pemakaian tie MCKK ke?

  32. faruqy Berkata:

    panda itu amat cute

  33. chesupetite Berkata:

    memang lawak kejadian pukul org tuh…

  34. faruqy Berkata:

    haha aj3k, kamu mesti membaca paper hari ini di mana datuk shahrir, dr hatta, datuk seri hishamuddin dan datuk seri mohamed nazri bergambar bersama-sama kan? ya rabu memang hari kami memakai tie itu. saya ingat nak join depa, tapi segan la. hehe..

  35. dalie a.k.a adik rodek a.k.a anak angkat # 2 daddy yang cool dan comel Berkata:

    aiseh, lambat lak bg komen. dah 34 dah. daddy cool terbaik! hihi

    sangat super kelakar ok entry ni..hahaha aku lah pakcik hang.

    ye sayalah pengilang kopi kapal api..hehe.

  36. litium Berkata:

    zuriaf: sushi keji dowh.

    bug: bole lak tertendang eh? hehe

    lair: dia generate random based on kau punye email address. nasib kau la dapat avatar keji. haha

    ajek: haha. haru rabu hari MCKK sedunia

    parok: u have a ‘thing’ with pandas?? gagaga

    dana: kejadian tu sebenarnya sangat intense. hahaha

    dedaile: wow! pengkomen ke 35!!! sila amik hadiah kat meja kaunter hadiah ye dedalie. (anak bapak musti menang hadiah. haha)

    comel la anak angkat gua. haha

  37. Lima perkara pertama: « Qronic Qronicles Berkata:

    [...] 9, 2008 Saya telah ditag dengan jayanya oleh Encik Litium yang cool. Untuk tidak menghampakan harapan orang dan untuk membuktikan bahawa saya juga cool dan [...]

  38. hana Berkata:

    anda x pernah gagal membuatkan saya ketawa.muahahahahahah!

Tinggalkan jawapan